'Suami Saya Ada Datuk. Tak Perlu Nak Bukti' - Datin Fouziah Gous
TERKINIAkhirnya salah seorang daripada 3 pelakon terkenal yang pasangan mereka dipertikaikan mengenai status 'Datuk' palsu tampil membuka mulut!
Pelakon yang tampil diri itu adalah Datin Fouziah Gous yang memberi penjelasan panjang lebar bagi pihak suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.
Jelas Fouziah, 38 tahun tiada keperluan untuk suaminya membuktikan dia memiliki gelaran Datuk kerana gelaran kebesaran itu diterima daripada pihak istana sebuah negeri pada 2016.
Katanya, dakwaan itu tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan dia mempunyai segala bukti berkaitan seperti watikah pelantikan yang membawa gelaran Datuk kepada suaminya.
"Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
"Sekiranya tidak tersenarai, kenapa perlu nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu mengapa perkara tersebut terjadi tetapi takkan nak terus terjah sebab semuanya perlu dilakukan secara beradab," katanya.
Pelakon drama Cinta Medik itu turut meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran Datuk suaminya untuk menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab.
Menurut Fouziah, sekiranya pingat kebesaran itu adalah palsu tidak mungkin gelaran mereka boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
"Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit sebab zaman sekarang kita tak boleh kongsi banyak benda kerana ramai suka manipulasi. Banyak benda yang sensitif, saya takut nak cakap lebih," katanya.
Katanya, pangkat itu juga dimiliki bukan kerana mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki sudah sedia bergelar Datuk.
"Saya bukan mendirikan rumah tangga dengan 'sugar daddy' tetapi berkahwin dengan orang yang sama-sama mencari duit. Kami sama-sama saling membantu mencari apa yang kami impikan," katanya.
Terdahulu, status gelaran Datuk milik suami beberapa selebriti tanah air didakwa palsu.
Selain suami Fouziah, gelaran Datuk Seri dan Datuk suami Datin Seri Heliza Helmi dan Datin Paduka Eina Azman turut didakwa palsu.
Isu itu timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki suami kepada Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Individu terbabit juga mendakwa tindakan itu dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.
Dan berikut adalah respon yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Aliff Ahmad itu terhadap kenyataan terkini daripada Fouziah Gous.
Artikel Berkaitan: Gelaran 'Datuk Seri' Suami Heliza Palsu?
Artikel Terdahulu: Lepas Suami Heliza, Kini Status 'Datuk' Dua Lagi Pasangan Pelakon Dipersoal