
Air Busan Buat Penerbangan Terus Korea Selatan-Sabah
TRAVELSyarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan, Air Busan bermula semalam membuat penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.
Penerbangan empat kali seminggu dari Daegu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah pada setiap hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad.
Manakala penerbangan harian dari Busan ke KKIA akan bermula 22 Mei ini.
Ini merupakan rangkaian pertama Air Busan bersama-sama Sabah. Kesalinghubungan tambahan ini menjadikan jumlah penerbangan terus dari Korea Selatan ke KKIA secara mingguan adalah sebanyak 48.
Tahun lepas, Sabah merekodkan kehadiran 82,074 pelancong dari Korea Selatan, sekali gus sebagai sumber pasaran kedua terbesar bagi kedatangan pelancong antarabangsa ke negeri itu.
Malah, lapangan terbang di pantai timur Sabah juga dicadang untuk dinaik taraf bagi membolehkan syarikat penerbangan asing mewujudkan penerbangan terus ke sana.
Sumber: BERNAMA
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video