Muzium Khas 'Komodo Dragon', Tarikan Baru Pulau Komodo

TRAVEL
October 25, 2019 - 11:36 AM


Banyak betul cerita tentang Pulau Komodo sejak kebelakangan ini.

Dengar pada mulanya kata nak tutup, lepas tu tak jadi tutup dan yang terkini ada pula bayaran sampai USD1,000 atau RM4,000 dikenakan untuk pengunjung yang nak tengok komodo di habitatnya itu.

Ini pula berita terbaharu, iaitu Indonesia sedang merancang untuk membuka sebuah muzium khas "Komodo Dragon' atau cicak gergasi di Pulau Komodo, Manggarai Barat, Wilayah Nusa Tenggara Timur.

Muzium itu bakal dilengkapi kemudahan audio visual untuk membantu pelancong memahami proses pembiakan haiwan berkenaan.



Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.

Penubuhan muzium itu juga diharap menjadi salah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai pembiakan Komodo, selain sebagai pusat penyelidikan untuk pakar memelihara kelestarian pulau berkenaan.

P/S: Tetapi setakat ini belum ada maklumat tepat mengenai bila muzium tersebut akan mula dibina atau dibuka kepada awam. So sama-samalah kita nantikan. Harap bayaran masuk dia taklah mencecah sampai RM4,000, kan...

Baca juga: 

Komodo Island Indonesia Ditutup Kepada Pelancong Bermula Januari

Populasi Biawak Stabil, Pulau Komodo Tak Jadi Tutup

Sanggup Bayar RM4,000 Untuk Tengok Biawak?

 

Destination: